Tuesday, 18 September 2012

tanda-tanda lelaki menolak cinta perempuan!!!


Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati anda. Namun sayang, sekian lama meunggu, si dia masih tak mengucapkan kata cinta walaupun anda selalu memberikan perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta anda sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan.
Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya akan sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun sebenarnya mereka tak suka. Apatahlagi bila anda selalu bersikap manis dan penuh perhatian kepadanya. Sayangnya, sikap kurang tegasnya itu akan membuat kaum hawa runsing untuk menentukan langkah, diteruskan atau diabaikan. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut ini.

bertanya tentang kawan anda
Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita anda, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.

mencadangkan kawan lelakinya untuk anda
Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya. Siapa tahu, kawannya itu menepati citarasa yang anda cari selama ini.

Selalu sibuk
Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda.

Berbeza pendapat
Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.
Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.


copy from...

3 comments:

  1. sebijik keyy ..
    tapi sebab sayang <3
    jadik buta seketika ..
    sampai skang takleyy lupakan dia ..
    hahahaha .. rasa tertipu pon ade ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai..cian nye die...xpe2...insyaAllah..klau jodoh..xkan kemana nye...:)

      Delete